Gempa Sabah: Bapa Kesal Benarkan Peony Ikuti Lawatan Sekolah

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 1:19 PM

Wee menunjukkan gambar Peony.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pada awalnya, ibu bapa salah seorang murid yang maut dalam insiden gempa bumi di Sabah enggan membenarkan anaknya itu untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Gunung Kinabalu.

Mereka berasakan aktiviti mendaki tidak mudah dan peperiksaan akan diadakan dalam tempoh dua bulan lagi.

Namun, Peony Wee Ying Ping, 12, yang menggemari aktiviti sukan lasak, merayu dan ibunya mengalah.

Perkara itu dimaklumkan bapanya, Alson Wee, 51, kepada akhbar harian Bahasa Cina, Lianhe Wanbao.

Peony, seorang murid Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) antara mereka yang maut apabila gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar Gunung Kinabalu di Sabah pada awal pagi Jumaat lalu.

Kementerian Pendidikan Singapura berkata mayatnya yang ditemani keluarga terdekat akan dibawa pulang ke Singapura pada Ahad.

Ibu Peony, seorang pengamal perubatan tradisional Cina, berlepas ke Sabah pada pagi Sabtu.

Dia ditemani adik lelaki bongsunya.

Wee berkata isterinya menerima satu panggilan telefon daripada guru besar TKPS, Caroline Wu yang memaklumkan mengenai berita kematian anaknya kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

Peony Wee Ying Ping.


Beliau yang bekerja di Perbadanan Pelabuhan Singapura memberitahu Lianhe Wanbao bahawa dia tidak ikut serta isterinya untuk menjaga dua lagi anaknya yang masing-masing berusia 14 tahun dan setahun.

Wee turut menyatakan rasa kesal kerana membenarkan Peony untuk mengikuti lawatan tersebut.

Katanya, beliau pernah mendaki gunung tersebut kira-kira 30 tahun lalu.

"Saya tahu aktiviti mendaki bukan mudah dan saya tidak mahu melepaskan dia pergi. Peperiksaannya juga semakin hampir, dua bulan lagi dan saya tidak fikir dia patut pergi ke luar negara pada masa sekarang," katanya.

Namun, beliau mengubah fikiran selepas mempertimbangkan anaknya itu turut ditemani guru-guru dari sekolah tersebut.

Beliau juga tidak membenarkan Peony mengikuti lawatan sekolah ke Taiwan beberapa tahun lalu.

Oleh itu, Wee enggan mengecewakan anaknya itu lagi.

Beliau membayar $600 untuk lawatan ke Gunung Kinabalu itu.

Katanya, Peony adalah seorang anak yang hormat kepada ibu bapa dan gemar membantu ibunya di klinik pada waktu lapang.

Tags / Kata Kunci: Peony , gempa Sabah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan