Kerajaan Filipina Komited Percepat Kelulusan Undang-Undang Asas Bangsamoro - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Filipina Komited Percepat Kelulusan Undang-Undang Asas Bangsamoro

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 12:55 PM

J Eduardo Malaya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina komited untuk meluluskan dengan secepat mungkin Undang-undang Asas Bangsamoro (BBL) berikutan termeterainya perjanjian damai antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang diusahakan Malaysia.

Duta Besar Filipina di Malaysia J Eduardo Malaya berkata oleh kerana undang-undang itu akan memainkan peranan penting dalam pemberian pengiktirafan terhadap entiti politik Bangsamoro, maka kelulusannya perlu disegerakan.

Dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini, beliau berkata fasa berikutnya bagi proses itu (perjanjian damai) ialah penggubalan BBL berhubung identiti politik penduduk Bangsamoro.

Walaupun pertempuran yang tercetus di wilayah terbabit baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran proses mempercepatkan kelulusan undang-undang itu, namun kami tetap komited untuk memastikan BBL berkenaan dapat digubal dan dikuatkuasakan sebelum berakhirnya penggal pentadbiran Presiden Benigno S.Aquino tahun depan," katanya.

Pada 25 Januari tahun ini, 44 komando polis terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak Moro di Mamasapano, Maguindanao.

Menurut laporan antarabangsa, kejadian itu menggugatkan kelulusan BBL.

Malaya berkata kerajaan Filipina gembira kerana dengan termeterainya perjanjian damai itu, pelabur dari dalam dan luar negara, termasuk Malaysia, kembali berminat untuk melabur di wilayah Mindanao.

"Oleh itu, perkara ini patut digalakkan kerana ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi, yang boleh mengukuhkan dan memelihara keamanan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat Bangsamoro," katanya.

Malaysia memainkan peranannya sebagai pemudah cara bagi rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF, kumpulan pemberontak Islam terbesar di Filipina, sejak 2001.

Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian berkenaan pada 27 Mac 2014.

Tags / Kata Kunci: Bangsamoro , MILF
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan