Gempa Sabah: Anak Sukar Lelap Mata, Masih Trauma - Bapa

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 9:20 AM

Sadri memuat naik gambar anaknya, Emyr Uzayr di laman Facebooknya pada petang Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MURID Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), Emyr Uzayr kini menyedari sukar baginya untuk melelapkan mata, bukan disebabkan kecederaan semasa menyertai lawatan sambil belajar ke Gunung Kinabalu.

Namun, murid berusia 12 tahun itu mengakui masih trauma setiap kali teringat detik hitam insiden tersebut.

Emyr memberitahu bapanya, Sadri Farick: 'Apabila menutup mata, saya akan sentiasa terkenang apa yang saya lihat. Ia amat memeranjatkan dan saya sukar mempercayainya.

Sadri berkata, anaknya sukar untuk melelapkan mata kerana dia akan dihantui insiden ngeri itu.

"Saya tidak mahu menggambarkan perasaannya. Saya berasa amat sedih apabila dia bertanya mengenai rakannya yang hilang," kata Sadri kepada The Starits Times.

Emyr mengalami keretakan di bahagian tengorak dan belakangnya antara beberapa mangsa yang cedera dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu itu.

Dia dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa kira-kira pukul 6 petang Sabtu selepas menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.

Emyr yang menjalani pembedahan selama empat jam pagi Sabtu, baharu sahaja sedarkan diri apabila Sadri dan isterinya tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 1.30 petang.

"Isteri saya amat rapat dengan anak lelaki kami. Sudah semestinya dia gembira apabila anak kami selamat. Dipertemukan semula dengannya adalah pengalaman berharga dalam hidup saya," kata Sadri.

Beliau berkata urusan untuk membawa pulang Emyr ke Singapura dengan menggunakan pesawat Antarabangsa SOS sedang dilakukan pada Sabtu.
Tags / Kata Kunci: gempa Sabah , trauma

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan