Kepimpinan Sepanjang Hayat Tuanku Abdul Halim

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

DIPUTERAKAN pada 28 November 1927, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan Sultan Kedah ke-27.

Tuanku Abdul Halim, 87, sebelum ini menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 1970 sehingga 1975, membuatkan baginda sebagai yang pertama dan satu-satunya yang memegang jawatan berkenaan sebanyak dua kali dan yang paling tua menerajui sistem pemerintahan itu.

Menariknya, baginda berusia seminggu lebih tua berbanding raja di dunia yang paling lama memerintah, Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang dilahirkan pada 5 Disember 1927.

Diputerakan di Istana Anak Bukit dekat Alor Setar, Tuanku Abdul Halim merupakan anakanda kepada Sultan Badlishah dan Tunku Sofiah Tunku Mahmud. 

Sultan Abdul Halim mendapat pendidikan di sekolah Melayu di Alor Merah dan Titi Gajah serta Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar antara 1946 dan 1948.

Selepas itu, baginda melanjutkan pengajian di Kolej Wadham di Oxford dan mendapat Diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.

Kemudiannya, baginda menyertai pentadbiran awam kedah dengan berkhidmat pejabat daerah Alor Setar sebelum berpindah ke bahagian perbendaharaan negeri.

Baginda dimasyurkan sebagai Raja Muda pada 6 Ogos 1949 dan menaiki takhta negeri selepas ayahandanya mangkat pada 15 Julai 1958.

Tuanku Abdul Halim menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari 21 September 1965 sehingga 20 September 1970, sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.

Ketika itu, baginda hanya berusia 43 tahun, menjadikannya sebagai pemerintah kedua paling muda menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Raja Perlis, Raja Syed Putra yang dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1960 sehingga 1965 pada usia 40 tahun.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada November 2006, turut menjadikannya sebagai yang pertama dilantik bagi memegang jawatan itu.

Pada Oktober 2011, baginda yang berusia 84 tahun dilantik oleh Raja-Raja Melayu untuk berkhidmat satu penggal lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula 13 Disember tahun yang sama.

Raja Permaisuri baginda yang pertama ialah Tuanku Bahiyah, anakanda kepada Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dikahwininya pada 1956.

Tuanku Bahiyah merupakan Sultan Kedah (1958-2003) dan Raja Permaisuri Agong (1970-1975), dan meninggal dunia pada 6 Ogos 2003 di Istana Kuala Cegar di Alor Setar.

Pada 1975, Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan orang kebanyakan dari Perak, Tuanku Haminah Hamidun. 

Tuanku Haminah Hamidun diberikan gelaran Che Puan Kedah sehingga 9 Januari 2004 semasa dimahkotakan sebagai Sultanah.

Sejak menerajui pemerintahan di Kedah, banyak bangunan dan institusi yang menamakan sempena nama baginda.

Antaranya ialah Lebuhraya Sultan Abdul Hallim dan Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim di Alor Setar, Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas.

Terdapat Hospital Sultan Abdul Halim dan Insititut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah. Manakala di Jitra, terdapat Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Antara penghormatan lain terhadap baginda ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (jambatan kedua Pulau Pinang) dan Jalan Duta di Kuala Lumpur yang kini ditukarkan nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim.

Tags / Kata Kunci: Tuanku Abdul Halim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan