Perwakilan Kecoh Mahu Bahas Usul 'Bercerai' PAS-DAP

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 11:45 AM

Muktamar Tahunan Ke-61 PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Usul sensitif berhubung gesaan bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS menghangatkan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Sabtu. 

Walaupun usul berkenaan diluluskan tanpa bahas bagi mengelakkan sebarang kontroversi, perwakilan PAS melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan terhadap isu berkenaan. 

Tampil menuntut penjelasan, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Faiz Fadzil mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Usul PAS yang menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan. 

"Kenapa tak perlu bahas? Ini penentu hala tuju parti. Ini perkara yang diputuskan dalam muktamar (lalu), jadi ia juga perlu diputuskan dalam muktamar (usul memutuskan hubungan). 

"Perlu bawa dalam muktamar. Jangan nak bercerai dengan DAP tapi terus kerjasama dalam Pakatan. Kalau berani nak putuskan hubungan dengan DAP, biarkan perwakilan bahas.

"Tak nak kawan dengan DAP tapi nak bersama dalam Pakatan Rakyat, ini satu Pakatan yang tempang," katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau berkata demikian selepas Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi penjelasan berhubung kedudukan usul yang dikemukakan Dewan Ulama PAS Pusat.

Terdahulu, perwakilan Muktamar PAS dimaklumkan bahawa usul bagi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP diluluskan tanpa bahasa kerana dianggap sensitif.

Sementara itu, seorang lagi perwakilan dari Selangor tampil menuntut supaya usul berkenaan dibuka untuk dibahaskan "Kita ada hak... kena bincang dalam muktamar, bukan keputusan satu dua orang sahaja. Bukan bincang dalam WhatsApp atau Facebook.

"Di Selangor ni penting nak bertahaluf. Pemimpin jangan ambil mudah. Ulama yang kita hormati, Allah memang redha, tapi Allah redha dengan akal yang cerdik dan waras," katanya. 

Kehangatan yang dicetuskan dua perwakilan berkenaan memaksa Pengerusi Tetap, Hussin Ismail mengarahkan Mahfuz sekali lagi tampil menjernihkan suasana. 

"Saya dapat mesej yang banyak bertanya tentang usul ini. Mereka nak tahu bagaimana nak mengendalikan perkara ini. 

"Saya maklumkan ini bukan keputusan saya berseorangan... kita anggap ini usul sensitif kerana melibatkan kedudukan kita dalam banyak perkara. 

"Kita akan hilang kedudukan," katanya merujuk kepada situasi kerjasama politik Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor.

Tags / Kata Kunci: PAS , Muktamar PAS

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan