Nothing2Hide: Penganjur Dakwa Pegawai Kanan PM Punca Kegagalan Majlis

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganjur dialog Nothing2Hide menyalahkan seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi penyebab kepada pembatalan sesi dialog tersebut pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Peguam Sukarela (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, dialog itu mungkin berjalan jika tidak berlaku gangguan daripada pegawai-pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, pegawai kanan yang sebelum itu bersama mereka menguruskan dialog tersebut, memberi maklumat salah kepada Najib.

"Kebenaran yang berlaku adalah, kami bertemu sekurang-kurangnya tiga pegawai kanan Perdana Menteri untuk membincangkan pelbagai situasi, termasuk kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir.


"Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan," kata Khairul Anwar dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan NGO dibatalkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas sebab-sebab keselamatan.

Sesi dialog ini bertujuan menjadi platform kepada Najib untuk menjawab pertanyaan orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu-isu lain.

Katanya, Dr Mahathir mengaku bahawa beliau secara rasmi tidak dijemput sebagai tetamu, tetapi hadir selepas ia disiarkan dalam media.

Tambahnya, pegawai tersebut berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri dengan menghantar laporan yang kurang tepat menokok-tambah cerita kepada Najib kononnya akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. 

"Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program itu ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Dr Mahathir sudah bersedia untuk bertemu Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. 

"Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup," katanya.

Khairul berkata, dia sudah berjumpa dengan Najib bagi menjelaskan situasi sebenar dan Perdana Menteri itu menerima baik penjelasannya.

Dia turut memberi amaran kepada pegawai khas tersebut untuk berhenti memfitnah SukaGuam kerana jika tidak, pihaknya akan mendedahkan bukti mengenai perkara tersebut.

"Kepada individu berkenaan hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam. Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan. Jika masih berterusan kami tidak teragak-agak mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi hidup, " katanya.

Tags / Kata Kunci: Nothing2hide , pm , Najib , Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan