Najib Ziarah Jenazah Isteri Ku Li

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Sabtu menziarahi jenazah isteri bekas menteri kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, yang meninggal dunia malam Jumaat.

Najib tiba di kediaman Tengku Razaleigh pada 8.30 pagi dan berada kira-kira 10 minit di situ.

Bercakap kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan kediaman di Jalan Langgak Golf di sini, perdana menteri menyifatkan pemergian Allahyarham Noor Yvonne sebagai satu kehilangan besar buat Tengku Razaleigh.

"Arwah telah memberi banyak sokongan kepada Tengku Razaleigh. Ia satu kehilangan yang amat dirasai Tengku Razaleigh.

"Somoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman," katanya ringkas.

Noor Yvonne, 68, yang menghidap sejenis kanser darah, meninggal dunia pada 7.05 malam Jumaat di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Solat jenazah dijangka berlangsung pada 10.30 pagi Sabtu sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sejurus selepas itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan