Mat Sabu Umum Lepas Jawatan Di P.Pinang Sambil Menyindir

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 3:49 PM

Mat Sabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan perletakan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut Mohamad yang mesra di panggil ‘Mat Sabu’, perletakan jawatan itu membabitkan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Halal Hub Pulau Pinang.

Katanya, surat peletakan jawatan akan dibuat seawal minggu depan.

“Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi Dewan Ulama PAS Pusat.

“Nanti tak patuh orang cakap tak ikut ulama, maka saya mulakan pada diri saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Sabtu.

Keputusan itu dibuat selaras dengan usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diluluskan tanpa bahas bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dilihat susulan daripada gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinannya untuk meletak jawatan.

Selain itu, Mohamad turut menasihatkan supaya pimpinan PAS yang lain mengikut jejak langkahnya sebagai tanda kesetiaan kepada kepimpinan ulama.

“Harap ia diikutilah dengan rakan lain di Pulau Pinang dan seterusnya Selangor.

“Kita akan kuat bila kita berseorangan,” katanya sinis.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan