Umat Islam Kurang Berilmu Mudah Diperalatkan Untuk Keganasan - Dr Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 7:57 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ramai umat Islam hari ini kurang berilmu menyebabkan mereka mudah diperalatkan untuk menyertai kumpulan pengganas, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata umat Islam yang kurang berilmu tidak berupaya menilai baik buruk sesuatu perkara dan akan lebih tertarik kepada sesuatu fahaman yang menyalahgunakan agama Islam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan amanatnya sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sempena mesyuarat agung tahunan ke-54 badan itu di sini Sabtu.

Beliau juga berkata antara sebab kebanyakan umat Islam kurang menimba ilmu adalah kerana mereka lupa akan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah iaitu keperluan membaca.

"Tentulah membaca itu menjadi sesuatu perkara yang penting. Kita perlu membaca segala-galanya kerana orang yang membaca tetap akan mempunyai ilmu dan memperolehi maklumat.

Maklumat dan ilmu yang kita terima akan menjadikan kita manusia yang sebenarnya mengamalkan cara hidup mengikut ajaran Islam tetapi kita tidak membaca," katanya.

Dr Mahathir turut mengingatkan umat Islam supaya meyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan agama yang agresif yang mana umatnya terdiri daripada golongan yang berperwatakan bengis.

Beliau juga berkata, walaupun Islam mengajar umatnya untuk bersederhana, umat Islam juga harus berketrampilan kemas dan berkeyakinan tinggi bagi memperlihatkan Islam sebagai agama yang menjadikan umatnya antara masyarakat yang berjaya dalam hidup.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan