Gempa: Penduduk Ranau, Sekitarnya Dinasihat Berwaspada Dalam Masa 24 Jam

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 12:35 PM

Siling sebuah bangunan di sini rosak akibat gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter di Sabah pada 7.15 pagi hari ini.
Pusat gempa itu terletak di 16km barat laut Ranau.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi menasihatkan penduduk di Ranau, Sabah dan sekitarnya supaya berwaspada kemungkinan berlaku gempa bumi susulan dalam masa 24 jam.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama berkata kebiasaannya jika berlaku gegaran seperti ini akan berlaku gempa susulan dalam masa satu jam sehingga 24 jam selepas kejadian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi tadi.

Gegaran itu dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan,  Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Sementara itu di RANAU, beberapa struktur bangunan,termasuk premis perniagaan dan kemudahan perniagaan, mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi itu.

Seorang penduduk Yunus Muhamad ketika dihubungi berkata pintu kaca sebuah bank berkecai akibat gegaran itu manakala dinding sebuah lagi bank dan sebuah pasar raya mengalami keretakan.

"Satu daripada kubah kecil Masjid Pekan Ranau juga mengalami kerosakan," katanya.

Bagaimanapun Yunus berkata urusan harian penduduk Ranau berjalan seperti biasa dan premis perniagaan seperti bank serta kedai-kedai masih beroperasi.

Mengulas kejadian pagi tadi, Yunus seorang pekerja bank berkata ketika kejadian dia berada di kebun berhampiran rumahnya, dan dapat menyaksikan jambatan utama di Sungai Liwagu yang menjadi laluan utama ke pantai timur Sabah bergoyang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin mengesahkan beberapa premis perniagaan dan bangunan kerajaan di daerah Ranau mengalami keretakan dan anggota bomba sudah diarahkan membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.
Tags / Kata Kunci: Ranau , gempa bumi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan