Tun M Tak Setuju Dasar Baharu Ciptaan PM, Dakwa Tak Bawa Kebaikan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 1:18 PM

Reaksi Dr Mahathir ketika diminta berhenti berucap pada sesi bersama NGO di PWTC, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan bahawa kebanyakan dasar yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membawa kebaikan kepada negara.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa, Najib banyak membawa dasar-dasar baharu 'ciptaannya' bagi menggantikan yang lama.

"Dia (Najib) terlalu tunduk kepada Singapura, Amerika, sedangkan nak buat kereta api laju pun perlu bertanya kepada perdana menteri Singapura.

"Jadi, adakah negara kita masih lagi dijajah. Saya nampak seolah-olah negara kita masih lagi dijajah.

"Rancangan dan polisi lama dibatalkan dan diganti dengan dasar-dasar baharu ciptaannya sendiri yang saya tidak bersetuju," katanya ketika diberi kesempatan berucap pada majlis yang sepatutnya menjadi pentas dialog perdana menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata, namun beliau terpaksa memendam rasa mengenai perkara tersebut kerana menyedari beliau bukan lagi perdana menteri.

"Saya bukan perdana menteri, masa saya sudah habis. Ini masa Datuk Seri Najib dan saya tidak harus ganggu. Dan saya bertahan hati sekian lama.

"Tetapi apabila ia melibatkan kehilangan berbilion ringgit, saya dapati ia tidak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit dan tidak diberitahu kepada rakyat," katanya.

Banyak dakwaan dan pertikaian Dr Mahathir terhadap Najib sebelum ini terutama melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kehadiran Dr Mahathir untuk memberikan ucapan di atas pentas dilihat untuk mententeramkan hadirin yang mulai kecoh apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan sesi dialog itu dibatalkan.

Bagaimanapun, polis terpaksa memberhentikan bekas perdana menteri itu daripada terus berucap kerana majlis itu didakwa tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.


Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , 1MDB , perdana menteri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan