Polis Halang Tun M Berucap

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 11:37 AM

Dr Mahathir ketika diarah pegawai polis berhenti berucap di PWTC, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas bagi menggantikan sesi dialog perdana menteri bersama NGO terpaksa dihentikan selepas dihalang pihak polis.

Ia berikutan majlis yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi Jumaat dibatalkan sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bekas perdana menteri itu hanya sempat memberikan ucapan selama kira-kira lapan minit.

Kehadiran Dr Mahathir untuk memberikan ucapan di atas pentas dilihat bagi mententeramkan hadirin yang mulai kecoh kerana menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tun Hussein Onn sejak awal pagi.

Malahan, pengacara majlis sendiri yang membuat pengumuman kepada hadirin bagi mengalu-alukan Dr Mahathir untuk tampil memberikan ucapan.

Terdahulu, pengurus majlis berkata, pihak urus setia majlis masih sedang berbincang dengan pihak polis bagi membenarkan supaya sesi dialog itu diadakan.

"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.

"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang mewakili urus setia.

Sesi dialog perdana menteri bersama NGO dianjurkan oleh Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan NGO pada Jumaat dibatalkan.

Pembatalan Nothing2Hide itu dimaklumkan menerusi laman twitternya di @KBAB51 kira-kira pukul 8.53 pagi.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsiamengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan," katanya menerusi Twitter.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , PWTC , polis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan