Pesawat EC725 Dihantar Ke Gunung Kinabalu Bantu Pendaki Terkandas

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 4:47 PM

Pendaki yang terkandas terpaksa menahan cuaca sejuk di puncak Gunung Kinabalu akibat gempa bumi awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi sederhana yang menggegarkan beberapa kawasan di Sabah pagi ini.

Ini dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  melalui catatan di laman Twitter sebagai menjawab permintaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurutnya, pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia itu turut membawa bekalan makanan dan minuman untuk mereka yang terkandas.



Pesawat EC725 dihantar ke Gunung Kinabalu bagi membantu selamatkan pendaki terkandas.

Masidi sebelum itu meminta helikopter tentera yang mampu beroperasi dalam keadaan cuaca ekstrim dihantar untuk kerja menyelamat.

Hishammuddin menegaskan kementeriannya dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada Sabah.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 16 km di barat laut Ranau pada 7.15 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Selain Ranau, gegaran turut dirasai di lokasi seperti Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Susulan insiden itu, Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu hari ini.

Sementara itu, sumber daripada Taman Negara Kinabalu berkata terdapat 138 pendaki terkandas di gunung itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: EC725 , Laban Rata , Gunung Kinabalu

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan