DAP: Pemuda-Ulama PAS Berbeza Pandangan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 7:17 PM

Nik Abduh pada sidang media di hari kedua Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Mengakui berbeza pandangan dengan Dewan Ulama PAS Pusat berhubung kerjasama politik dengan DAP, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau memilih untuk menjalinkan hubungan baik dengan sekutu pakatan pembangkang itu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu itu, pihaknya akan meneruskan tradisi hubungan baik dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis (Dapsy) di peringkat pemuda.

“Kami Dewan Pemuda PAS berbeza dengan Dewan Ulama, kami lebih bersedia kerana AMK dan Dapsy bersikap lebih lunak (lembut) dengan PAS.

“Usul Dewan Ulama berhubung kait dengan kepimpinan tertinggi. Suhaizan Kaiat (bekas Ketua Dewan Pemuda) buat yang baik, saya akan sambung (tradisi)," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Jumaat.

Menurut Nik Mohamad Abduh, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Ketua Pemuda Dapsy, Teo Kok Sing di Parlimen dalam masa terdekat.

“Saya akan sambung balik (kerjasama) dengan AMK dan Dapsy. Saya dah berjumpa dengan Ketua Dapsy di Parlimen, saya janji kalau saya menang saya akan minum kopi dengan dia...akan bincang. Dengan Nik Nazmi (Nik Ahmad) pun insyaAllah saya akan jumpa,” katanya.

Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu lalu sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, usul berkenaan dibuat sebagai peringatan kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Usul ini mungkin terima tanpa bahas atau terima dengan perbahasan. Kita tak tahu statusnya lagi.

“Tapi mesej daripada Dewan Ulama sudah sampai kepada DAP terutamanya Guan Eng dan Kit Siang,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Nik Abduh Nik Abdul Aziz , Ulama PAS , Dapsy

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan