"Pembatalan Dialog 'Nothing2Hide' Arahan Saya" - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 8:43 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata arahan untuk membatalkan program dialog Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) diputuskan atas faktor keselamatan.

Beliau berkata polis menerima maklumat di saat akhir mengenai ancaman keselamatan dan ketenteraman awam pada majlis yang dijadual bermula 10 pagi ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya beliau mengeluarkan arahan itu susulan maklumat yang diterima bahawa wujud dua kumpulan yang tidak sehaluan yang merancang untuk melakukan kekecohan semasa dialog bertajuk 'Nothing2Hide' anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

"Arahan pembatalan ini saya keluarkan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah selepas mendapat maklumat terdapat ancaman keselamatan, walaupun keputusan itu tidak disenangi Perdana Menteri pada awalnya," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Setelah mengkaji maklumat ini, pihak kami mengesahkan "memang terdapat ancaman yang cukup serius," katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai dua kumpulan berkenaan sebaliknya menegaskan maklumat itu adalah sahih.

"Tidak payahlah saya bagi tahu siapa tetapi memadai kami ada maklumat sahih mengenai perkara ini dan kita akan pantau kumpulan ini...Dan jika perlu ambil tindakan tindakan, kita akan ambil," katanya.

Beliau berkata meskipun mendapat maklumat bahawa Najib sedang bersiap untuk ke program berkenaan, namun aspek keselamatan yang lebih perlu diutamakan.

"Perdana Menteri juga tidak berapa senang dengan tindakan saya tetapi saya perlu tegas dan demi keselamatan saya telah maklum beliau saya tepaksa batalkannya. 

"Dan minta beliau tidak hadir kerana dijangka bahawa kekecohan dan ketenteraman awam akan berlaku serta mengancam orang tertentu dan boleh berjangkit keluar," katanya.

Ketika ditanya sama ada ancaman itu membabitkan senjata, Khalid bagaimanapun enggan memberi komen.
Menyentuh mengenai tindakan anggota polis meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berhenti daripada berucap pada majlis itu, Khalid berkata tiada sebarang aktiviti boleh diteruskan selepas arahan pembatalan dikeluarkan.

"Ini adalah arahan saya (arahan hentikan Tun Dr Mahathir berucap),"katanya.

Ditanya mengenai dakwaan najib menggunakan polis sebagai 'jalan keluar' bagi mengelak menghadiri sesi dialog itu, Khalid berkata: "Tidak ada perakara seperti itu.

Ini adalah keputusan saya atas faktor keselamatan awam.

"Beliau berkata arahan pembatalan program bukanlah kali pertama yang pernah dibuatnya malah sebelum ini beliau pernah membatalkan dua program iaitu program LGBT dan konsert di Bukit Jalil.

"Dalam hal berkaitan, keselamatan adalah lebih baik kita cegah daripada membiarkan perkara buruk berlaku dan baru nak ambil tindakan.

"Menambah kekuatan keanggotaan juga belum dapat menghentikan kekecohan yang telah dirancang," katanya.

Khalid turut mengesahkan seorang individu telah ditahan susulan pembatalan dialog tersebut dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Salah seorang yang kononnya nak masuk tetapi tidak masuk dewan, tetapi dia tidak masuk dan mula buat kecoh di luar jadi tepaksa tahan dan kita dah beri jamin.

"Kalau perlu akan ada lagi tangkapan... Tetapi tiada sebab untuk kita memanggil Tun Dr Mahathir untuk memberi keterangan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan