MKN Gerak Pasukan Smart Ke Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 4:16 PM

Jalan raya yang retak antara kesan akibat gempa bumi yang melanda Sabah, pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) untuk membantu operasi gempa bumi di Sabah.

Timbalan Setiausaha MKN, Ogu Salim Omar berkata, pasukan itu, yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah tengah hari ini.

"Anggota terbabit termasuk paramedik, kejuruteraan dan penyelamat. Setakat ini tiada mangsa yang terbunuh atau tercedera dilaporkan, dan kami masih lagi menunggu perkembangan terkini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau sebelum ini menyampaikan bantuan bencana gempa bumi dari rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Nepal kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Nepal di Malaysia Uttam Kumar Shahiwakil, di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong dekat sini.

Beliau berkata bantuan dari segi perubatan akan dihantar ke Sabah bergantung kepada keperluan.

Menyentuh mengenai gempa bumi itu, Ogu Salim berkata MKN menerima maklumat mengenainya 15 minit selepas kejadian tersebut pada jam 7.30 pagi.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah dengan pusat gempa terletak 16km di barat laut Ranau.

Gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Sabah , MKN , Ogu Salim Omar , Smart

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan