Hampir 20 NGO Bantu Mangsa Gempa Bumi Nepal

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 9:49 PM

Timbalan Setiausaha (Pengurusan Keselamatan Majlis keselamatan Negara) Majlis Keselamatan Negara Ogu Salim Omar (tiga, kiri) bersama Setiausaha Kedua Kedutaan Nepal ke Malaysia Uttam Kumar Shahi (dua, kanan) pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Gempa Bumi Nepal, Jumaat. Turut hadir (dari kiri) sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia Athi Sivan T. Mariappan (kiri), Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Raja Saadi Raja Amrin (dua, kiri) dan Persatuan Residen Nepal Sangkar Bahadur Poudel (kanan).

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Sebanyak 40 tan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan perubatan akan disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Nepal yang kini terdedah kepada krisis makanan dan kemungkinan mengalami kebuluran.

Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ogu Salim Omar berkata, bantuan kemanusiaan itu didermakan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk penduduk Nepal yang ditimpa bencana pada April lalu.

"Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dengan 20 anggota terbabit dalam misi penghantaran barangan itu yang keseluruhannya sebanyak 120 tan di mana baki 40 tan lagi akan dihantar minggu hadapan," katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan ke Nepal di Markas Smart, di sini, pada Jumaat.

Menurutnya lagi, pasukan itu juga akan menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang masih terkandas.

"Peralatan khas turut akan dibawa ke Nepal bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan mencari mangsa," tambahnya.

Sementara itu, Ogu Salim ketika membacakan teks ucapan Setiausaha MKN, Datuk Thajudeen Abdul Wahab berkata, penghantaran kesemua bantuan kemanusiaan akan menggunakan kapal laut.

"Disebabkan keadaan di Lapangan Terbang Kathmandu terjejas teruk akibat gempa bumi, kami terpaksa menggunakan alternatif lain.

"Kami juga bekerjasama dengan Penerbangan Malaysia, Malindo Air, serta Royal Nepal untuk menghantar bekalan perubatan dan peralatan bantuan seperti kerusi roda dan juga khemah," katanya.



Tags / Kata Kunci: Nepal , Ogu Salim Omar , MKN , Smart

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan