Nothing2Hide: "Beritahu Kami Apa Ancaman Itu" - Marina Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 10:46 PM

Marina Mahathir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan kritikan selepas pada saat-saat akhir membatalkan dialog Nothing2Hide dengan Perdana Menteri pada Jumaat.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir mempersoalkan di Twitter tentang bentuk ancaman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Well well well...jika @ KBAB51 tidak boleh mengendalikan keselamatan untuk sebuah acara melibatkan @NajibRazak, apa yang bagusnya dia," kata Marina.

"Dan apa jenis ancaman keselamatan itu? Orang 'boo'? Tetapi itulah yang telah berlaku sebelum ini, tidak," tanya beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah berkata di Twitter: "Sejak sekolah, sy tak pernah tarik diri saat akhir bila telah sahkan akn hadir ceramah, dialog, forum, debat."

"Pokok pangkalnya ialah debat atau tak debat. Tak payahlah nak spin spin."

"Ada beza antara yg menerima debat dgn yg tidak. Itu jer."

Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan menulis di Twitter bahawa sesi Nothing2Hide perlu dinamakan semula kepada sesi Something2Hide.

Khalid berkata polis terpaksa membatalkan dialog antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan kehendak Najib tetapi kerana "keselamatan dan sekuriti."

"Walaupun Perdana Menteri tidak gembira dengan saya kerana membatalkannya, tetapi saya terpaksa. Untuk sebab-sebab keselamatan," kata Khalid kepada The Star.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya apakah isu-isu keselamatan di PWTC.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan