Calon Kalah Dinasihat Tak Sisihkan Diri - Mursyidul Am PAS

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 4:03 PM

Haron Din

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: "Jangan sisihkan diri," demikian peringatan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kepada calon parti itu yang tewas dalam pemilihan parti.

Katanya, penguasaan kumpulan konservatif dalam PAS tidak bermaksud golongan yang dilabel dalam kem profesional akan disisihkan sepenuhnya.

"Golongan profesional selama ini menyumbang kekuatan parti.

"Harap mereka meletakkan terus sumbangan parti dan ‎tidak menyisih diri," katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahuan PAS ke-61 di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai kemenangan besar kumpulan ulama dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS Pusat apabila menyaksikan beberapa nama terkenal dalam kepimpinan terdahulu tewas.

Keputusan menunjukkan 22 daripada 23 calon yang memenangi jawatan tertinggi kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015-2017 terdiri daripada golongan ulama.

Mengulas lanjut Haron berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan.

"Ahli mahu kepimpinan ulama diperkukuhkan dan ter‎us menjalankan kerja dengan dedikasi dan patuh kepada syariah, lagipun ulama memainkan peranan utama dalam menerajui parti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan