KPN Arah Batal Nothing2Hide

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 9:43 AM

Arahan pembatalan Nothing2Hide atas alasan ketenteraman awam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat dibatalkan.

Pembatalan Nothing2Hide itu dimaklumkan menerusi laman twitternya di @KBAB51 kira-kira pukul 8.53 pagi.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsiamengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan," katanya menerusi Twitter.

Usaha untuk mendapatkan komen pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang juga penganjur dialog ini tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak berjawab.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara tetamu kehormat yang tiba awal di lokasi iaitu pada pukul 8.58 pagi.

Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan NGO, penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga akan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan