Gunung Kinabalu Mungkin 'Marah' Dengan Pelancong Bogel - Penduduk Tempatan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gempa bumi di Ranau pada pukul 7.17 pagi Jumaat mungkin berlaku disebabkan oleh kemarahan aki (pelindung gunung) terhadap pelancong yang berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu.

Ketika kebanyakan pengguna di  Twitter berkata kumpulan yang menanggalkan pakaian perlu disalahkan terhadap kejadian gempa bumi 6 skala Richter kerana tidak menghormati gunung yang dianggap suci itu, ada yang tidak yakin bahawa kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan.

Pemaju web dari Sabah, yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian pelancong berbogel, membuang air kecil di tapak suci itu membuatkan "semangat gunung marah".

Twitter @Zulfahmiabsalam berkata seorang rakan dari Sabah berpandangan bahawa Gunung Kinabalu mungkin "marah" kerana pelancong berbogel di situ.

Walau bagaimanapun, @Zaxania berkata sebarang percubaan untuk menghubungkan kedua-dua insiden adalah satu "kenyataan bodoh" dan memberitahu orang lain untuk tidak mengaitkan gempa bumi itu dengan pelancong yang membuang air kecil di Gunung Kinabalu.

Pada 30 Mei, gambar lima lelaki berbogel di atas gunung tersebar di media sosial, diikuti dengan gambar 10 pelancong , termasuk empat wanita tanpa pakaian berhampiran selatan puncak Gunung Kinabalu.

Penduduk Sabah marah dengan gambar itu kerana mereka menganggap  gunung itu suci.

Pengarah Taman-Taman Sabah Datuk Jamili Nais berkata empat wanita dan enam lelaki telah berpecah dari kumpulan mereka dan pergi ke selatan puncak.

Pelancong tersebut mengabaikan amaran dari pemandu gunung dan memanggilnya "bodoh" dan memberitahu memakinya dengan kata-kata'go to hell" (pergi jahanam), apabila dia memohon mereka untuk menghentikan perbuatan mereka itu.

Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepadanya berhubung kejadian itu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan