Gempa Bumi Sederhana Gegar Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat berlaku di Sabah pagi Jumaat.

Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi itu melanda kedudukan 16 kilometer di sebelah barat laut dari Ranau pada pukul 7.17 pagi.

Manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi yang berlaku itu pada 6 skala Richter.

Selain ibu negeri, gegaran turut dirasai di utara Kudat dan daerah Kota Marudu sehingga di selatan Beaufort.

Gegaran turut dirasai dalam bangunan sekaligus mendorong orang ramai keluar dari rumah, kedai dan juga di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kerosakan disebabkan oleh gempa bumi itu masih belum dikenal pasti.

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , sabah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan