Dialog PM: Tun Mahathir Tiba Awal Di PWTC

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 9:20 AM

Dewan di PWTC mula dipenuhi orang ramai bagi mendengar dialog Najib.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri dialog Perdana Menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) pukul 8.58 pagi.

Beliau yang diiringi pengawal peribadinya memasuki bilik Seroja di sini sementara menunggu dialog mula berlangsung.

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) turut kelihatan antaranya Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.

Kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum kelihatan.

PWTC mula dibanjiri orang ramai yang ingin mendengar sendiri penjelasan daripada perdana menteri mengenai isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga akan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Tags / Kata Kunci: Dialog PM , NGO , Tun M

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan