DAP ‘Tampar’ PAS Dua Kali - Nasrudin

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 9:58 PM

Nasrudin Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) memberi amaran kepada DAP supaya jangan menguji kesabaran parti Islam itu dalam menjalinkan kerjasama politik bersama pakatan pembangkang.

Ahli Jawatankuasa DUPP, Nasrudin Hassan berkata, tindakan Dewan itu meluluskan usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP dibuat sebagai amaran pertama terhadap sikap parti berkenaan.

Menurut beliau, PAS seolah-olah ‘ditampar’ dua kali apabila DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain menarik balik kerjasama dengan PAS di Sabah dan Sarawak.

"Dia tampar kita dua kali. Dia tampar pipi kanan kita kata pedih, dia tampar pipi kiri, kita kata lagi...jangan, pedih! Akhirnya, kita tampar dia satu kali. Baru dia tahu rasa kena tampar itu pedih.

"Kita tegur, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tegur, kena tampar tapi senyum. Ustaz Idris Ahmad juga tegur.

"Saya minta, jangan cabar kesabaran kami, walaupun kami dari DUPP rata-rata pakai kopiah, pakai jubah tapi dalam jubah masih ada siku dan lutut yang masih belum digunakan,” katanya ketika menyertai sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Jumaat.

Ketegasan yang disuarakan Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu disambut laungan takbir oleh perwakilan dan pemerhati.

Pada Rabu, DUPP sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun Dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat.




Tags / Kata Kunci: DAP , Nasrudin Hassan , PAS , Dewan Ulama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan