Gempa Bumi: Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu Dibatal

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 11:25 AM

Ikon Telinga Keldai berubah (kanan) selepas kejadian gempa bumi pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu pada Jumaat berikutan gempa bumi dan gegaran yang dialami, atas sebab keselamatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan arahan itu dalam akaun Twitternya.

"Batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh akibat gegaran itu," katanya.

Pondok-pondok pendaki di Panar Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk tetapi tiada laporan mengenai kecederaan.

"Yang menyedihkan ikon Telinga Keldai di gunung itu turut rosak teruk, menunggu pengesahan," katanya dalam Tweet itu.

Masidi berkata para penyelamat dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu kerana terdapat laporan mengatakan ada pendaki yeng terkandas dan cedera berhampiran gunung itu.

Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda Ranau di Sabah pada pukul  7.15 pagi.

Menurut Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau,  Tambun, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Tags / Kata Kunci: Gempa bumi sabah , aktiviti mendaki

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan