Penyusunan Semula 1MDB Tak Jawab Persoalan Wang Hilang - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 5:37 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan pandangannya berhubung cadangan penyusunan semula 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau tetap menganggap langkah penyelesaian hutang syarikat itu tidak akan menjawab persoalan mengenai kehilangan wang berbilion ringgit.

Bekas perdana menteri itu percaya langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah firma pelaburan yang dibebani hutang itu kerana ia akan menyebabkan syarikat berkenaan dikawal oleh  International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Beliau juga membidas jenayah di sebalik kehilangan wang berbilion ringgit dalam skandal tersebut dengan mengatakan bahawa penyelesaian hutang 1MDB tidak akan membebaskan peminjam yang bertanggungjawab ke atas kehilangan wang.

"Terdapat terlalu banyak bukti yang disembunyikan oleh ahli politik dan kakitangan awam. Apabila Najib dikalahkan dan saya percaya beliau akan kalah pada pilihan raya akan datang, ia tidak akan menghentikan tindakan undang-undang yang mengekorinya.

"Saya harap penyusunan semula itu akan membantu tetapi melainkan wang yang hilang akan dikembalikan, membayar hutang tidak  akan membebaskan sesiapa," katanya dalam satu posting terbaharu di blog beliau, chedet.cc, pada Khamis.

Dr Mahathir berkata, AS$1 bilion (RM3.7 bilion) telah disuntik oleh IPIC ke 1MDB mungkin boleh diikuti dengan AS$ 3bilion (RM11.1bilion), yang akan memberikan kawalan yang lebih besar syarikat asing terhadap aset 1MDB.

"Apakah yang IPIC dapat dengan AS$1 bilion daripada 1MDB? Sudah tentu ia bukan hadiah. Ia semestinya aset 1MDB. "

Beliau berkata, 1MDB tidak akan mendapat apa-apa daripada urus niaga itu, kerana wang IPIC itu akan digunakan untuk mengurangkan hutang RM42bilion kepada jumlah yang lebih kecil.

Dr Mahathir juga mendakwa terdapat "penyalahgunaan kuasa" dalam perolehan  tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia oleh 1MDB pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

"Perkara yang betul untuk dilakukan adalah membayar tanah itu pada harga pasaran sebelum ia dibangunkan atau dilupuskan.

"Perjanjian itu akan menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian berbilion ringgit kecuali tanah  untuk TRX dan Bandar Malaysia dibayar mengikut harga pasaran," katanya.

Dr Mahathir berkata, perjanjian penyusunan semula itu tidak akan dapat memadamkan hakikat bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang dan akibatnya kerajaan telah kehilangan berbilion ringgit.

"Wang itu tidak hilang melalui perniagaan yang tidak baik tetapi telah hilang begitu sahaja. Seseorang tahu bagaimana wang itu hilang dan siapa yang mempunyai wang itu sekarang, tetapi tidak beritahu, "katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir Mohamad , 1MDB , Ipic

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan