'Tsunami' Ulama Membadai PAS - Berita Semasa | mStar

'Tsunami' Ulama Membadai PAS

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 10:04 PM

Kelihatan seorang perwakilan meneliti kertas undian sebelum mengundi Barisan Kepimpinan Tertinggi PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Keputusan pemilihan barisan kepimpinan tertinggi PAS dijangka menyaksikan kebangkitan kumpulan pro-ulama apabila majoriti jawatan yang dipertandingkan memihak kepada kelompok berkenaan.

Berdasarkan jangkaan, ‘cai’ atau senarai pilihan yang dikeluarkan Dewan Ulama PAS Pusat hampir menepati sasaran apabila kem yang dilihat selari dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyapu bersih jawatan yang dipertandingkan.

'Tsunami ulama' ini bermula dengan Hadi yang dilihat tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pencabarnya yang juga bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Sementara itu, Mohamad Sabu juga besar kemungkinan gagal mempertahankan kedudukan apabila kerusi Timbalan Presiden PAS itu diisi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Difahamkan Hadi dan Tuan Ibrahim bakal menang besar dalam pemilihan kali ini.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, tiga nama yang dicadangkan Dewan Ulama PAS juga dilihat bakal menang selesa, sekaligus menyaksikan dua penyandang jawatan itu iaitu Datuk Husam Musa dan Sallahuddin Ayob gagal dalam pemilihan kali ini.

Tiga nama yang dijangka menduduki jawatan Naib Presiden PAS ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Idris Ahmad.

Dipercayai kemenangan lima jawatan tertinggi oleh kumpulan ulama ini bakal mempengaruhi pola sokongan kepada calon dari aliran yang sama bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Daripada 18 jawatan AJK PAS Pusat yang dipertandingkan, dipercayai sekitar lima hingga lapan sahaja akan dimenangi kumpulan profesional.

Nama-nama besar seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob serta Dr Siti Mariah Mahmud dijangka tewas susulan ‘tsunami ulama’ dalam PAS.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, proses pengiraan undi masih dijalankan dan keputusan penuh dijangka diumumkan tengah malam ini.


Tags / Kata Kunci: PAS , Dewan Ulama , cai , Hadi Awang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan