Pendedahan Arul Kanda Hanya Menimbulkan Lebih Banyak Persoalan - Tony Pua

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 6:34 PM

Tony Pua

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada apa yang baharu dalam penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda Kandasamy berhubung hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dakwa Tony Pua.

Pada Rabu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata semua hutang RM42 bilion mempunyai ringkasannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata pendedahan Arul itu hanya menimbulkan lebih banyak persoalan, dan fakta-faktanya sudah diketahui ramai.

Beliau berkata tiada apa yang telah didedahkan oleh Arul dapat menjawab kritikan terhadap syarikat itu.

"Persoalan yang saya bangkitkan di dalam dan luar Parlimen sejak dua tahun lalu termasuk apa sebenarnya pelaburan RM6.1 bilion dalam Brazen Sky yang diletakkan di Pulau Cayman.

"Kenapa walaupun Arul Kanda mengumumkan bahawa semua pelaburan Brazen Sky telah 'ditebus', masih tidak ada wang tunai sama sekali dalam BSI Bank Singapura?

"Walaupun Arul mengumumkan semua pelaburan di Brazen Sky sudah pun dituntut, tapi masih lagi tiada wang tunai di BSI Bank Singapura, walaupun Arul memberi jaminan pada Februari wang tunai itu selamat di bank," katanya.

Arul menjelaskan, RM5.8 bilion digunakan untuk perbelanjaan kewangan, RM4.5 bilion dibelanjakan untuk menanggung kos pentadbiran dan gaji pekerja, RM900 juta kos pertukaran asing manakala RM400 juta lagi digunakan membayar cukai. 

"Adakah Arul cuba memberitahu kita 1MDB mengambil pinjaman tambahan untuk membayar kadar faedah pinjaman dan cukai?

Katanya, 1MDB sudah tidak lagi mampu menerima keyakinan rakyat Malaysia dengan memberikan jawapan yang tidak tepat dan berpura-pura mereka berjaya menjawab persoalan dan kritikan.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tony Pua , Arul Kanda Kandasamy

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan