SPRM Siasat Pengusaha Balak, Puji Tindakan Penguatkuasa Tolak Rasuah RM1 Juta

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 9:43 PM

Pengusaha syarikat pembalakan direman empat hari oleh Mahkamah Majistret bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung pemberian suapan berjumlah RM500,000 kepada pegawai SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang pengusaha syarikat pembalakan berhubung tawaran rasuah RM1 juta kepada pegawai SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob berkata, rasuah itu supaya SPRM dan Jabatan Perhutanan tidak meneruskan siasatan terhadap aktiviti pembalakan di luar kawasan yang dilesenkan di Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.

"Bagaimanapun, kedua-dua pegawai terbabit menolak tawaran rasuah dan melaporkan kepada SPRM," katanya, Khamis.

Susulan itu, pengusaha balak berusia 36 tahun terbabit ditahan reman selama empat hari oleh Majistret Rahimah Rahim untuk membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki yang telah membayar habuan berjumlah RM500,000 kepada pegawai SPRM dan Jabatan Perhutanan itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di Meru, Ipoh.

Kata Rohaizad, semua pihak wajar mencontohi tindakan pegawai SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung itu.

"SPRM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pegawai tersebut yang berpegang teguh kepada integriti dan sanggup menolak tawaran rasuah yang bernilai RM1 juta," katanya.

Tambahnya lagi, pengurusan tertinggi SPRM berpandangan, komitmen pegawai agensi penguatkuasaan dalam memperlihatkan budaya berintegriti tinggi dapat meningkatkan keberkesanan tindakan mencegah rasuah di negara ini.

"SPRM melihat pendirian kedua-dua pegawai terbabit sebagai tindakan yang harus dipuji dan ia juga bukti kejayaan usaha memupuk nilai berintegriti di kalangan anggota agensi penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Semenanjung adalah salah satu agensi kerajaan di mana pegawai SPRM diletakkan sebagai Ketua Pegawai Integriti dalam usaha untuk mengukuhkan budaya berintegriti.




iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan