Najib Dijangka Jawab Persoalan Pada Sesi Dialog 'Nothing2Hide' Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menjawab pelbagai persoalan dalam sesi dialog secara terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Program dialog bersama perdana menteri yang dikenali sebagai Nothing2Hide itu merupakan sesi soal jawab bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari di Dewan Tun Hussein Onn, yang dianjurkan dan dikendalikan oleh Sukarelawan Peguam (SukaGuam). 

Ia dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan badan bukan kerajaan (NGO), penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Najib juga akan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Sesi dialog 'town hall' belum pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini.

"Anda akan mendengar perdana menteri memberi penjelasannya sendiri berhubung isu semasa dan penyertaan terbuka untuk bertanya apa sahaja soalan kepada beliau yang berkaitan perkara yang sedang berlaku ketika ini.

Dilaporkan Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk menyertai sesi dialog itu.

Khairul Anwar berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Dr Mahathir mahu menyertainya kerana forum berkenaan terbuka kepada semua.

"Agensi media - cetak, dalam talian malah penulis blog - dijemput kerana kita semua berkongsi tujuan yang sama bagi membawa kebenaran kepada rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: SukaGuam , Najib Tun Razak , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan