Adenan: Najib Pemimpin Ikhlas, Tidak Pandai Berlakon

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 3:43 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat tangan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem selepas menerima skrol lafaz ikrar taat setia kepimpinan pada majlis pemimpin bersama rakyat di Stadium Perpaduan Sarawak, Khamis. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu (kiri).

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUCHING: Sarawak menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melihat jelas keikhlasan perdana menteri dalam usaha membantu membawa pembangunan di Sarawak.

"Kita (kami) di Sarawak tahu erti terima kasih kepada orang yang menolong, kita sokong dia kerana itulah yang betul. Kita kenal siapa yang benar dan siapa yang 'eksyen' saja," kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon, sentiasa berusaha membawa kebaikan, pemimpin yang dianggapnya "melihat kesilapan dan cuba membetulkannya, yang melihat penderitaan dan cuba memulihkannya."

"Beliau diserang kiri dan kanan oleh mereka yang tidak mengenang budi di Semenanjung, termasuk dalam Umno sendiri yang tidak tahu berterima kasih, hanya tahu tikam belakang. Kita di Sarawak ikhlas. Jika kami sokong anda, kami akan katakan demikian," katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini, Khamis.

Menurutnya sumbangan Najib kepada Sarawak amat besar.

Adenan berkata beliau tahu Najib sentiasa lembut hati dengan Sarawak dan warga Sarawak pula memang sentiasa menyokong kepimpinan Najib dalam keadaan susah atau pun senang.

Adenan turut menyatakan bahawa beliau sedang berunding dengan Najib untuk melihat sekiranya ada kuasa tertentu daripada kerajaan pusat yang boleh diturunkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

"Ada perkara-perkara yang kita (kami) buat lebih bagus lagi, kita runding mana bidang kuasa yang boleh kita gunakan oleh Sarawak, supaya autonomi kita lebih bererti," katanya.



Tags / Kata Kunci: Sarawak , Adenan Satem , Perdana Menteri

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan