Menteri Perlu Letak Jawatan Jika Tak Setuju Dengan PM - Ahmad Zahid - Berita Semasa | mStar

Menteri Perlu Letak Jawatan Jika Tak Setuju Dengan PM - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 12:18 PM

zahid hamidi

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Kabinet yang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya meletakkan jawatan mereka dan tidak perlu menunggu sehingga dipecat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, sebagai anggota Kabinet, ia menjadi satu "kewajipan" bagi menteri-menteri untuk bersetuju dengan perdana menteri terhadap setiap keputusan yang dibuat.

"Kuasa untuk melantik anggota Kabinet adalah milik mutlak perdana menteri. Jadi, ia adalah kuasa untuk memecat anggota Kabinet.

"Jika ada menteri-menteri yang hilang kepercayaan dengan perdana menteri, atau mempersoalkan keputusannya, lebih-lebih lagi bila mereka membuat kenyataan terbuka, perkara yang sebaik-baiknya ialah mereka meletakkan jawatan.

"Saya tidak fikir mereka mahu menunggu sehingga perdana menteri memecat mereka," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini, Khamis. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dilaporkan, Najib mengeluarkan 'kata dua' kepada menteri-menteri Kabinet supaya meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong dengan beliau berhubung usaha pemulihan 1MDB. 


Tags / Kata Kunci: 1MDB
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan