Kejutan Muslimat PAS, Penyandang Tiga Jawatan Tertinggi Tewas

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 12:24 AM

Nuridah Salleh

Nuridah Salleh

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Berlaku kejutan dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2015-2017 apabila penyandang tiga jawatan tertinggi sayap parti itu gagal mempertahankan kerusi masing-masing, sekali gus menyaksikan penguasaan kepimpinan pro ulama.

Penyandang Ketua DPMM, Siti Zailah Mohd Yusoff  tewas tipis dengan perbezaan 30 undi.

Kali ini, perwakilan DMPP memilih untuk mengangkat Nuridah Salleh kembali menerajui sayap parti Islam itu.

Nuridah yang pernah memegang jawatan tersebut pada 2007 berjaya memperoleh 359 undi, manakala Siti Zailah mendapat 329 undi.

Keputusan rasmi pemilihan itu diumumkan kira-kira pukul 12 tengah malam, lewat tiga jam daripada yang dijadualkan.

Dr Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja juga gagal mempertahankan jawatannya apabila sekadar mendapat 274 undi apabila kerusi Timbalan Ketua DMPP diisi Dr Rosni Adam yang meraih 414 undi.

Dalam pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Naib Ketua, Salamiah Mohd Noor berjaya mengetepikan penyandangnya, Mumtaz Mohd Nawi dengan kelebihan 28 undi. Salamiah memperoleh 358 undi, manakala Mumtaz dengan 330 undi.

Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS turut dipilih pada pemilihan kali ini.

Seramai 705 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi DMPP kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, kira-kira pukul 12.45 tengah hari Rabu.

Berikut adalah keputusan penuh kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2015-2017:

Pengerusi Tetap: Faizah Ismail 357

Timbalan Pengerusi Tetap: Nor Azlin Md Shamsudin 526

Ketua:  Nuridah Salleh 359

Timbalan Ketua: Siti Mariah Mahmud 274 Dr Rosni Adam 414

Naib Ketua:  Salamiah Mohd Noor 358

Ahli Jawatankuasa Kerja:

1. Dr Che Faridah Ismail 407
2. Dr Halimah Ali Abdullah 358
3. Hamidah Wan Daud 346
4. Kartini Ahmad 418
5. Dr Najihatussalehah Ahmad 538
6. Noraini Hussin 330
7. Datuk Siti Aishah Ghazali 506
8. Siti Murshidah Ramly 337
9. Dr Uyun Abd Malek 419
10. Dr Uzaimah Ibrahim 376
11. Dr Wahibah Tahir 450
12. Wan Hasrina Wan Hassan 479

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan