Rohingya: Tidak Perlu Mandi, Kafan Dua Kali - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 6:30 PM

Pihak polis meletakkan beberapa bungkusan mengandungi mayat yang digali daripada kubur-kubur di kawasan kem pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin Bangladesh di Bukit Wang Burma, di dalam traknya.
Pihak berkuasa menemui 28 kem dan 139 kubur di sempadan Malaysia dan Thailand itu, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

GUAR CHEMPEDAK: Jenazah pelarian Rohingya yang ditemui sempurna berkafan di Wang Kelian, Perlis, tidak perlu dimandikan dan dikafankan lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata jenazah itu boleh dikebumikan semula tanpa perlu dimandikan atau dikafankan buat kali kedua, bagaimanapun urusan berkenaan kini di bawah pengendalian pihak pengurusan yang bertanggungjawab terhadap penemuan kubur di kawasan berkenaan.

"Saya difahamkan, mayat di situ ada yang sudah dimandikan dan dikafan, jadi kalau sudah diuruskan, dimandikan, tidak perlu dimandikan kali kedua, jika sudah dikafankan, tidak perlu kafan dua kali.

"Itu (urusan pengendalian mayat) di bawah pengurusan pihak yang bertanggungjawab kepada penemuan sebab apa yang saya difahamkan, mereka telah diuruskan mengikut pengurusan jenazah," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mada G-IV Guar Chempedak, di sini, Khamis.

Mengulas isu berkaitan penyerahan wang zakat kepada pelarian Rohingnya yang berada di negara ini, Jamil Khir berkata ia bergantung kepada negeri-negeri kerana kutipan zakat bukan tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Itu (pemberian zakat) hak negeri masing-masing, ini bukan di bawah Jakim, ia kutipan di negeri masing-masing," katanya.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,174,389 kepada 478 peladang dari kawasan Bukit Besar, Sungai Limau dan Guar Chempedak, yang melibatkan kawasan seluas 785.266 hektar.

Jamil Khir berkata sumbangan berkenaan ialah usaha berterusan daripada kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dalam membantu meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan pesawah.

"Kita dapat rasai proses pembelaan kepada mereka (pesawah) dengan pengwujudan estet padi, termasuk juga peningkatan hasil padi menerusi pemberian racun dan sebagainya, ini adalah satu daripada program untuk meningkatkan hasil tanaman.

"Kita kena terima realiti bahawa kawasan hasil tanaman semakin mengecil kerana memberi laluan kepada pembinaan perumahan dan tujuan pembangunan, namun pada masa sama, kerajaan melalui Mada, menyusun strategi untuk meningkatkan hasil pendapatan," katanya.-- Bernama







Tags / Kata Kunci: Jamil Khir Baharom , Rohingya , Wang Kelian , kafan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan