Usul 'Cerai Dengan DAP' Perlu Dibincang Sebelum Diputuskan - Hadi

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan usul tergempar 'PAS Cerai Dengan DAP' masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata usul tersebut perlu dibincangkan secara berperingkat terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat Majlis Syura Ulama dan pimpinan PAS Pusat untuk dibuat keputusan.

"Itu satu usul bukan keputusan. Ia akan dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk dibuat keputusan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di sini, Khamis.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata mana-mana perwakilan boleh membawa usul kerana PAS mengamalkan konsep  demokrasi di dalam parti.

"Itu demokrasi di dalam PAS. Sesiapa sahaja boleh buat usul, itu saya serah kepada perwakilan," katanya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik membawa usul tergempar supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan pemimpin DAP pada pembukaan persidangan kali ini, Hadi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sebaliknya, beliau meminta pemberita untuk bertanya sendiri perkara itu kepada sekutu mereka, DAP.

"Sikap DAP kena tanya DAPlah. Namun kita jemput semua untuk hadir memeriahkan muktamar ini," katanya.

Diminta mengulas saranan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang menggesa agar beliau dan Lim Kit Siang untuk ketepikan ego masing-masing, Hadi berkata isu tersebut perlu diselesaikan secara peribadi.

"Saya rasa hak peribadi perlu selesai secara peribadi," katanya ringkas.

Tags / Kata Kunci: DAP , PAS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan