Hadi Mahu Teruskan Kerjasama Dengan DAP-PKR

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKK).

Bagaimanapun Hadi mengingatkan supaya ahli PAS berhati-hati dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak luar selagi tidak bertentangan dengan peringatan Allah berhubung adab untuk bersama dengan orang kafir.

"PAS akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan sunnah," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, Khamis.

Selain itu Hadi berkata pemimpin dan ahli PAS tidak boleh terlalu ghairah mengejar kemenangan dalam pilihan raya semata-mata sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan untuk menegakkan Islam.

"Kita sering mengingatkan pemimpin dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan, memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah.

"Allah menguji kita dengan sedikit kemangan, namun jangan kita lalai dengan kemenangan lupa amanah untuk menegakkan agama," katanya sambil disambut laungan takbir.

Tags / Kata Kunci: DAP , PAS , PKR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan