DAP Tidak Hadir Perasmian Muktamar PAS

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 10:50 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Selepas 'dipukul' teruk oleh perwakilan dan pimpinan PAS pada Rabu, tiada kelibat pemimpin tertinggi DAP hadir pada majlis perasmian persidangan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup di sini, Khamis.

Sebaliknya perasmian persidangan ini hanya dihadiri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor.

Ketiadaan DAP seolah-olah memberi gambaran hubungan PAS dengan rakan sekutunya itu bagai retak menanti belah.

Tumpuan pada persidangan ini pastinya terarah kepada usul tergempar supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Usul tergempar yang dibawa Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik itu pada Rabu diluluskan sebulat suara tanpa bahas.

Usul tersebut juga akan menentukan status pakatan pembangkang dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama PKR.

Kini, keputusan terletak di tangan PKR sama ada memilih untuk bersama PAS atau DAP.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan