Azmin Harap PAS Pertahan Tahaluf Siyasi Dalam Pakatan

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak memberikan peluang kepada presiden PAS untuk mempertahankan Pakatan Rakyat melalui prinsip tahaluf siyasi.

Beliau berkata, komitmen Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan persidangan Muktamar PAS untuk menggesa seluruh kepimpinan dan ahli parti Islam itu memahami keperluan untuk meneruskan perjuangan melalui Pakatan Rakyat adalah perkembangan yang positif kepada hubungan kepada ketiga-tiga parti tersebut.

"Semua pihak perlu berlaku adil kepada Hadi kerana selaku presiden PAS, beliau menggunakan muktamar ini dalam ucapan dasarnya untuk mengajak ahli PAS mempertahankan Pakatan Rakyat melalui tahaluf siyasi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, ketiga-tiga parti itu perlu segera duduk berbincang mengenai perkembangan yang baharu ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

"Sudah tentu keperluan untuk semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu segera duduk berbincang dan melihat kaedah ketiga-tiga parti ini meneruskan perjuangan atas nama Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai usul tergempar 'PAS bercerai dengan DAP' yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu, Azmin sebaliknya mahu ucapan dasar Hadi diberikan tumpuan.

"Itu usul dewan, kita ada tiga dewan dalam PAS, mengapa tidak ditumpukan ucapan dasar presiden dalam muktamar sementara kita menghormati pandangan dibuat dalam ketiga-tiga dewan," katanya.

Beliau berkata usul yang dibentangkan para perwakilan perlu dihormati namun akhirnya ucapan dasar Hadi itu yang akan mencorak masa depan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi sesebuah parti. Ini harus dilihat secara positif dan bertanggungjawab semua pihak," katanya.

Tags / Kata Kunci: DAP , PKR , PAS , Dewan Ulama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan