Anggota Kabinet Tidak Dibuli PM - Ahmad Husni

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 7:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuli menteri Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Dia macam ini, 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan, jadi apabila Kementerian Kewangan, maknanya kita kena bertanggungjawablah iaitu bawa kepada Kabinet untuk memberi perakuan kepada apa yang akan dilakukan oleh 1MDB. 

"Tidak timbul soal buli, tidak timbul," katanya. 

Ahmad Husni berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Dialog Khas di RTM yang berjudul 1MDB: Di Mana Wangnya?

Diskusi berdurasi selama sejam bermula 9.05 malam di TV1 bersama dua pengacaranya Shuhaimi Mohamed dan Sayed Munawar Sayed Mustar itu membincangkan secara mendalam mengenai pelaburan 1MDB dan perancangan kerajaan menyelesaikan hutang syarikat itu.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan tentang kenyataan Najib yang menggesa menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1MDB meskipun keputusan bersama telah diputuskan, untuk melepaskan jawatan.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Ahmad Husni Hanadzlah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan