Biar Polis Siasat Kes 1MDB - KPN

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 12:31 PM

khalid abu bakar

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa satu siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung dakwaan penyelewengan kewangan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Merujuk kepada kes berkenaan di bawah jenayah komersial, Khalid berkata: "Anda perlu faham bahawa untuk kes jenayah komersial, kita tidak membuat penahanan selagi belum melengkapkan siasatan.

"Kita siasat, kemudian tahan. Biarkan kita lakukan tugas kita. Jika kita menemui sebarang salah laku, tindakan akan dikenakan," katanya kepada pemberita di Pulapol pada pagi Isnin.

Khalid enggan mengulas lanjut mengenai status penyiasayan 1MDB dengan mengatakan bahawa beliau bukan "jurucakap rasmi" berhubung siasatan itu.

"Jika saya beri kamu butirannya, ia akan menganggu siasatan," katanya.

Pada Mac lalu, satu pasukan penyiasat khas diwujudkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, melibatkan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan