Wanita Diselamat Daripada Maut Dalam Perigi Buta

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 5:48 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang wanita diselamat dari perigi buta sedalam 9.9 meter (32.5 kaki) di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pasir Mas, Penguasa Bomba Kanan II Adnan Mohd Juri berkata wanita tersebut yang dikatakan menghidap penyakit kemurungan sejak kematian suaminya dikatakan terjun ke dalam perigi tersebut.

Beliau berkata wanita itu dikatakan pergi ke perigi itu pada pukul 4.30 pagi tadi dan kehilangannya disedari jirannya yang kemudian menghubungi pihak bomba.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dari perigi itu dalam keadaan selamat pada pukul 7.30 pagi," katanya.

Wanita berumur 51 tahun itu kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan untuk menjalani pemeriksaan dengan keadaannya dilapor stabil.

Tags / Kata Kunci: Perigi Buta

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan