Pemuda PAS: Wakil Perak Tuntut TMI Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 6:31 PM

Mohd Syakirin bertegas meminta pihak TMI memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tidak puas hati dengan penulisan wartawan mengenai perbahasannya, wakil Perak, Mohd Syakirin Husein menuntut portal berita terbabit memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari.

Mohd Syakirin menuntut permohonan maaf itu sejurus selepas Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim memetik artikel yang ditulis daripada perbahasannya pada sebelah pagi Rabu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada sesi petang.

Artikel yang dibaca ketika ucapan penggulungan itu turut mengundang suasana tegang dan kecoh apabila pemerhati yang ditempatkan di dewan sama dengan pihak media menunjukkan rasa marah terhadap petugas media di belakang, terutama terhadap wartawan yang menghasilkan berita itu.

Kecoh seketika Muktamar Pemuda PAS apabila artikel yang disiarkan TMI menimbulkan kemarahan wakil Perak.

Mengulas lanjut, Mohd Syakirin berkata, artikel yang disiarkan The Malaysian Insider (TMI) bertajuk ‘Jangan Lawan Umno Selagi Allah Tak Suruh’ itu menggambarkan seolah-olah beliau mendapat wahyu daripada Allah untuk menyampaikan perbahasan sedemikian.

“Ayat itu seolah-olah jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh lawan, seolah-olah saya dapat wahyu daripada Allah.

“Apa yang saya jelaskan itu jauh bertentangan dengan TMI. Kita memang kena lawan kemungkaran dan kezaliman. Kena usaha ambil kuasa daripada orang yang melakukan kezaliman.

“Bukan saya kata jangan lawan Umno selagi mana Allah tak suruh. Itu manipulasi yang biadap dan kena bertanggungjawab dengan siaran,” katanya kepada pemberita di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, Rabu.

Justeru, beliau meminta supaya syarikat tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa tiga hari bagi menjaga kemurnian dan kesucian muktamar itu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa apa yang dibahaskannya itu adalah berdasarkan dalil al-Quran dan hadis.


Tags / Kata Kunci: TMI , Perak , Mohd Syakirin Husein

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan