Sekutu Tak Suka PAS Patut Keluar Pakatan - Muslimat Selangor

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perwakilan Muslimat Selangor menegaskan, sekutu Pakatan Rakyat yang tidak suka dengan perjuangan PAS sepatutnya meninggalkan gabungan pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang dibawa Dewan Muslimat PAS Pusat yang diluluskan sebulat suara dengan beberapa pindaan.

“Jangan ghairah nak ke Putrajaya, langkah di depan kita perlu selari dengan agama kita. Seperti mana ditegaskan Presiden, kita akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Siapa tak suka kita, mereka kena keluar daripada Pakatan Rakyat,” kata Wan Hasrina Wan Hassan.

Beliau berkata, walaupun PAS bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekutu mereka itu tidak campur tangan dalam urusan dalaman parti masing-masing.

“Sebagai contoh isu Menteri Besar Selangor yang tunjukkan kita tak letak syarat tahaluf itu sebagai garis panduan.

"Kita tak boleh tunduk kepada pimpinan luar parti, tapi apa yang berlaku hari ini, ada dikalangan kita meletakkan arahan daripada pimpinan di luar,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan meletakkan al Quran dan sunnah sebagai pegangan utama dalam perjuangan parti.

Sementara itu, Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud juga tidak setuju jika urusan dalaman PAS terutamanya isu hudud dicampuri parti luar.

“Saya sendiri tidak setuju apabila mereka (DAP) campur tangan tetapi apa yang berlaku telah berlaku,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan semua ahli DMPP supaya menyejukkan ketegangan yang berlaku dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan.

Selain itu, perwakilan Terengganu, Norzita Saad pula berpendapat, sebagai pembangkang, PAS tidak semestinya membantah sebarang usul yang dibangkitkan Umno jika ia bermanfaat.

Beliau berkata, walaupun Umno (Kelantan) bersetuju dengan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) ia mendapat bantahan daripada rakan sekutu Pakatan Rakyat.

“Hukum hudud yang dibawa tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Mereka ada hak untuk tidak setuju tetapi itu seperti memijak kita. Jadi konflik ini perlu diselesaikan secara harmoni,” katanya.






iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan