Pilih Pemimpin Selari Dengan Hadi - Dewan Ulama

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Perwakilan PAS digesa memilih barisan kepimpinan baharu yang selari dengan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menegakkan perjuangan Islam.

Seruan terbuka itu dibuat berikutan tindakan segelintir pimpinan tertentu parti Islam berkenaan yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam pelbagai isu yang timbul dalam pakatan pembangkang.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, sikap pemimpin berkenaan yang sanggup mengabaikan dan mempertikaikan arahan pemimpin tertinggi telah melemahkan PAS.

"Di saat hilanganya ketaatan lalu nakhoda (Hadi) sendiri dikecam dan dipertikaikan, dibiarkan untuk dicemuh oleh musuh dan rakan kerjasama politik...maka organisasi menjadi lemah, kejayaan menjadi kabur.

"Untuk itu, pembaharuan kepimpinan perlu dilakukan. Muktamar PAS kali ini memberi ruang untuk memperbaharui mandat kepimpinan menerusi proses pemilihan baharu.

"Perbaharuilah mandat kepimpinan yang boleh bergerak bersama nakhoda bahtera ke arah memacu kejayaan yang sebenar dalam perjuangan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Ulama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di sini.

Muktamar PAS Pusat ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bermula Khamis menyaksikan pemilihan kepimpinan baharu parti itu termasuk pertandingan bagi jawatan presiden PAS.

Pada pemilihan kali ini, Hadi dicabar bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Mengulas lanjut Mahfodz berkata, berhubung isu pelaksaan hudud, PAS bukan sahaja berhadapan tentangan daripada musuh dan rakan kerjasama politik, malah turut menerima bantahan daripada pimpinan dalaman parti itu sendiri.

Lebih malang katanya, pemimpin dan ahli PAS sendiri membuat pelbagai tuduhan terhadap presiden PAS yang enggan tunduk kepada kehendak DAP dan PKR.

"Akhirnya kita melihat presiden PAS selaku nakhoda bahtera parti Islam (PAS) dicemuh oleh rakan kerjasama politik. Puncanya kerana mereka gagal untuk memastikan kepimpinan tertinggi parti tunduk terhadap kemahuan dan kehendak mereka.

"Sangat malang apabila ada kalangan ahli dan pimpinan yang bersekongkol mengiyakan tohmahan rakan kerjasama politik lalu menjadi duri dalam daging melemahkan bahtera yang sedang belayar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dewan Ulama , PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan