PAT, KPN Bincang Tingkatkan Peranan Ketenteraan Di Sempadan Negara - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 6:00 PM

Kabinet arah usaha dirangka untuk tingkatkan peranan ketenteraan untuk mengawal sempadan negara. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Malaysia (PAT) akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) untuk membincangkan bagaimana pihak ketenteraan dapat memainkan peranan lebih besar untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet pada Rabu, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kabinet memutuskan supaya Pangliman Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara bertemu bagi membincangkan peranan pihak tentera dan bagaimana pasukan itu dapat turut serta mengawal sempadan negara," kata Menteri Pertahanan itu di pejabatnya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini, Rabu.

Katanya lagi, Kabinet juga memutuskan supaya kedua-dua pihak perlu meneroka dengan lebih terperinci untuk mencapat matlamat kawalan keselamatan lebih ketat dan berkesan di sempadan.

Langkah itu susulan laporan media di mana pemantauan Cawangan Khas mendapati 80 peratus anggota kawalan keselamatan di sempadan terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Hishammuddin juga berkata, beliau sendiri telah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk membincangkan langkah yang perlu diambil untuk memperketatkan kawalan sempadan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin turut menafikan beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Meletakkan kesalahan itu di bahu pihak yang cuba memecahbelahkan Umno, Naib Presiden parti itu berkata, tweet terbaharunya mengenai 1MDB telah diputar belit untuk menimbulkan persepsi bahawa beliau akan meletak jawatan Kabinet.

"Jika kamu percaya khabar angin yang disebarkan sejak beberapa hari, jadi bermakna ramai lagi menteri yang akan letak jawatan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu letak jawatan semalam," katanya.

Hishammuddin berkata, dia menyokong penuh pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan isu 1MDB kerana ia berasaskan tiga keutamaan iaitu, plan rasionalisasi 1MDB, akauntabiliti dan ketelusan berkaitan dana.

Tags / Kata Kunci: PAT , KPN , Thailand , Hishammuddin Hussein

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan