DBKL, Fama Gabung Banteras Pati Di Pasar Borong

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan seminar bersama peniaga pada masa akan datang bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (pati) di Pasar Borong Selayang di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, program berbentuk seminar kepada peniaga pasar borong itu penting kerana mereka merupakan antara individu yang dapat membantu membasmi kebanjiran pati.

"DBKL akan bergabung tenaga bersama FAMA untuk menggesa peniaga supaya bekerjasama dengan pihak kami demi membanteras kebanjiran serta kegiatan pati menjalankan perniagaan di sini sekeras-kerasnya. Ini kerana terdapat peniaga tidak bertanggungjawab mengambil pati sebagai pekerja, malah ada yang turut menyewakan premis kepada mereka.

"Jadi, kami akan mengadakan program seminar untuk memberi kesedaran kepada peniaga-peniaga terutamanya di Pasar Borong Selayang," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Loji Rawatan Air Sisa di pasar borong Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Beliau menambah, DBKL turut menggesa pihak pentadbiran pasar borong supaya meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi mengelak pati menjalankan perniagaan secara berleluasa.

"Kita sedia maklum bahawa Pati yang menjalankan perniagaan di pasar borong tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah malah menjual dengan harga jauh lebih murah.

"Jadi, pihak pentadbiran pasar borong harus memainkan peranan penting dalam mengawal keselamatan dan kemasukan pati ke kawasan pasar borong kerana sudah semestinya bahan mentah yang dijual seperti sayuran adalah tidak bersih," katanya.

Ahmad Phesal memberitahu, pihaknya akan menjalankan operasi dari masa ke semasa di semua pasar borong sekitar Kuala Lumpur untuk memburu pati.

"Selepas ops pati yang dijalankan awal bulan lalu, DBKL akan terus menjalankan operasi dengan menyemak dan memastikan kesemua data pekerja serta peniaga didaftarkan di dalam sistem.

"Dengan cara ini juga kami dapat mengenal pasti peniaga yang mengambil pati sebagai pekerja mereka dan akan dikenakan tindakan serta merta," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Pasar Borong , Selayang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan