Mat Sabu Nafi Kritik Presiden PAS

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafi telah mengkritik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka semasa merasmikan Muktamar Pemuda PAS pada Selasa.

Sebaliknya, beliau berkata kenyataannya telah disalah tafsirkan oleh media untuk kepentingan pihak tertentu.

"Saya tak sindir… kalau saya sindir, sindir jugalah pemimpin lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslmat PAS Pusat (DMPP) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Rabu.

Terdahulu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dipetik sebagai berkata sehebat-hebat Hadi berceramah tetapi tidak dapat menawan Terengganu sendirian.

Kenyataan tersebut mendapat kritikan pelbagai pihak sehingga ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak ada adab.

Mat Sabu menjelaskan kenyataan terhadap Hadi itu sebenarnya adalah untuk mengetengahkan kepentingkan ukhwah dalam Pakatan Rakyat.

"Kita hilang kerajaan di Terengganu 1962..beberapa wakil rakyat lompat daripada PAS. Nak  ambil balik kita usaha dari tahun 1964, 1969, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 tak berdaya… walaupun ada  pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

"Tetapi apabila berlaku perpecahan dalam Umno, lahir Parti Keadilan Rakyat, kita bersama dalam barisan alternatif,  Terengganu dapat dikuasai," katanya.

Justeru, beliau berkata ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang perlu mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan hubungan yang terbina kerana kerjasama antara satu sama lain amat penting untuk menguasai sesebuah negeri.

"Inilah pentingnya muafakat, selagi tidak sampai rosak akidah, maka kita kena mencari jalan selamatkan pakatan untuk terus memerintah dan buat perubahan,” katanya.

Mat Sabu berkata, sekiranya PAS memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, peluang parti Islam itu untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang amat sukar.

Ini kerana katanya, komposisi kaum di sebelah negeri pantai barat bersifat majmuk, berbeza dengan keadaan di pantai timur.

"Kalau kita tak dapat cari penyelesaian, kita pilih berpisah, PAS akan lebih kuat apabila bersendirian tetapi untuk menang PRU itu amat sukar.

"Di sebelah pantai barat komposisi kaum tidak sama dengan pantai timut. Hampir semua kerusi di pantai barat bersifat campuran (majmuk)," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , Terengganu

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan