Mangsa Culik Kini Di Bawah Jagaan JKM

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 4:19 PM

Mazlan Lazim

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tiga kanak-kanak berusia antara sembilan dan 13 tahun yang dilapor menjadi mangsa culik kini ditempatkan sementara di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga menunggu siasatan selesai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kanak-kanak itu yang berusia sembilan tahun ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Mini, Dusun Raja di sini manakala seorang lagi yang berusia 13 tahun diletakkan di Rumah Tunas Harapan, Pengkalan Chepa.

"Kita tempatkan tiga mangsa culik ini di bawah jagaan JKM kerana kita dapati mereka terbiar sementara menunggu siasatan selesai," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Rabu.

Beliau berkata, siasatan kes itu bukan hanya dilakukan ke atas suspek tersebut tetapi juga ibu bapa mangsa, di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan.

"Kita sedang menunggu keterangan daripada timbalan pendakwa raya untuk tentukan pertuduhan. Kalau ada keterangan untuk tuduh ibu bapa berkenaan, kita juga akan tuduh mereka ," katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, suspek masih direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

"Kita nasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau anak masing-masing kerana dikhuatiri ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk mempengaruhi kanak-kanak sehingga berlakunya kes seumpama ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis menyelamatkan tiga kanak-kanak berusia antara sembilan dan 13 tahun pada awal pagi 26 Mei lalu yang didakwa diculik seorang lelaki di Jalan Bayam di sini.

Sementara itu pada majlis serahan bantuan itu, Mazlan menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM68,500 kepada 120 anggota polis dan RM113,000 lagi kepada 100 pesara polis yang menjadi mangsa banjir besar yang melanda negeri ini Disember tahun lepas.

"Penyerahan ini adalah sumbangan fasa kedua dan terakhir yang bertujuan untuk membantu meringankan beban anggota yang terjejas banjir tahun lepas. Ia juga tanda keprihatinan pucuk pimpinan negara terhadap nasib yang ditanggung anggota polis.

"Dengan penyerahan ini, sempurnalah keseluruhan pemberian sumbangan kepada 987 anggota polis negeri ini yang menjadi mangsa banjir akhir tahun lepas dengan nilai bantuan keseluruhan bernilai RM561,500," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: JKM , Mazlan Lazim , Rumah Tunas Harapan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan