1MDB: Kabinet Kunci Mulut - Tun M

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 7:13 PM

Dr Mahathir ketika berucap melancarkan Majlis Penasihat India Malaysia, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Kabinet mengambil keputusan untuk bersikap berdiam diri mengenai 'kata dua' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan usaha memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pendekatan 'kunci mulut' menteri Kabinet itu berikutan masing-masing tidak sependapat, selain tidak berupaya mengendalikan isu membabitkan syarikat pengurusan strategik milik penuh kerajaan itu.

"Ada yang tidak memahami apa yang berlaku, ada yang merasakan ia bukan sebahagian daripada urusan mereka, ada fikir tidak mahu berkata apa-apa.

"Setiap daripada mereka mempunyai pandangan masing-masing, saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Saya tak boleh baca fikiran mereka," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Majlis Penasihat India Malaysia di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai siapakah menteri Kabinet yang perlu ditukarkan atau meletakkan jawatan mahupun yang tidak menjalankan tanggungjawab.

Isnin lalu, sebuah akhbar melaporkan Perdana Menteri  mengeluarkan kenyataan meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletak jawatan.

Kenyataan Najib itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Mengenai siapakah antara menteri Kabinet yang perlu meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata, keputusan itu bukan terletak di tangan beliau tetapi ia seharusnya ditentukan Najib.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, semasa kepimpinannya, menteri yang tidak bersetuju dengan dasarnya, akan 'digugurkan'.

"Bila mereka bersetuju dengan dasar saya, saya akan ambil mereka kembali," kata Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Tags / Kata Kunci: Kabinet , Tun Dr Mahathir Mohamad , 1MDB

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan