Jalan Alternatif Elak Tanah Mendap Di Lebuhraya Sultan Iskandar

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya disaran agar menggunakan jalan alternatif berikutan kejadian tanah mendap di Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulunya Jalan Mahameru).

Polis Trafik Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata lencongan jalan terpaksa dilakukan berikutan kejadian itu, namun kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan.

Menurut kenyataan itu pengguna Jalan Tun Razak (arah timur) menuju arah selatan disaran agar menggunakan Jalan Kuching/Jalan Kinabalu/Jalan Damansara; Jalan Parlimen/Jalan Kinabalu dan Jalan Tun Razak (selatan).

Bagi mereka yang menuju Jalan Bangsar dari Jalan Tun Razak, mereka boleh menggunakan Jalan Kuching/Jalan Kinabalu/Jalan Damansara; Jalan Kuching/Bulatan Segambut/Jalan Tuanku Abdul Halim (Duta) atau Jalan Semantan.

Manakala pengguna disaran menggunakan Jalan Kuching atau Bulatan Segambut jika mahu menuju arah Tol Duta (utara).

Bagi laluan ke selatan dari arah Jalan Parlimen, pengguna boleh menggunakan Persiaran Tuanku Jaafar (Carcosa)/Jalan Damansara atau Jalan Kinabalu/Jalan Maharajalela.

Pada Selasa, berlaku keretakan jalan dan mendapan tanah di laluan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju Muzium Negara sehingga menyebabkan laluan itu yang menghala ke selatan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 8 malam.

Menurut pihak bomba dan penyelamat, laluan itu akan dibuka semula apabila ia tidak lagi membahayakan pengguna.

Tags / Kata Kunci: Tanah Mendap , Polis Trafik

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan